dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Kempen Internet Selamat (Kis)Sempena Program Jiwa @ Kelab Malaysiaku Di Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi

26 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 September 2025 NADI Cluster Kota Setar telah dijemput untuk memberikan Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) bersempena dengan Program Jiwa @ Kelab Malaysiaku bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi. Melalui taklimat ini pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah dapat mengetahui bahawa betapa pentingnya melindungi maklumat peribadi dan agar lebih berhati-hati semasa melayari internet.

Sebelum ini ramai pelajar yang kurang pendedahan tentang keselamatan ketika menggunakan media sosial maka dengan adanya taklimat ini akan menjadi salah satu platform berkesan dalam mendidik pelajar mengenai cabaran dan risiko di alam siber serta langkah-langkah pencegahannya. Di samping itu, kesedaran ini penting dalam membentuk budaya penggunaan teknologi maklumat yang positif dalam kalangan generasi muda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.